Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENGGALAKAN PELABURAN (PENDAPATAN YANG TIDAK DIAMBIL KIRA BAGI SYARIKAT BERSTATUS MSC) 2018

Seksyen 3

(1)

Dalam menentukan pendapatan suatu syarikat berstatus MSC bagi maksud pelepasan cukai pendapatan—

(a)

bagi tempoh pada atau selepas 1

Julai 2018

tetapi sebelum 1 Julai 2021, royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada hak harta intelek yang baharu, tetapi bukan daripada hak harta intelek sedia ada, yang syarikat berstatus MSC itu ialah pemilik atau pemegang lesen hak itu, tidak diambil kira; dan

P.U. (A) 332 3

(b)

bagi tempoh pada atau selepas 1 Julai 2021, royalti dan pendapatan lain yang diperoleh daripada semua hak harta intelek yang syarikat berstatus MSC itu ialah pemilik atau pemegang lesen hak itu tidak diambil kira.

(2)

Bagi maksud subperaturan (1)—

(a)

royalti atau pendapatan lain diperoleh daripada hak harta intelek jika royalti atau pendapatan lain itu boleh diterima sebagai balasan ekploitasi komersial hak itu;

(b)

“hak harta intelek” ertinya suatu hak yang timbul daripada apa-apa paten, penemuan dan inovasi utiliti, hak cipta, cap dagangan dan cap perkhidmatan, reka bentuk industri, reka bentuk susun atur litar bersepadu, kepandaian dan proses atau formula rahsia, petunjuk geografi dan pemberian geran perlindungan varieti tumbuhan, atau hak-hak lain yang serupa, sama ada yang berdaftar atau boleh daftar;

(c)

“hak harta intelek sedia ada” ertinya suatu hak harta intelek yang berhubungan dengan perniagaan perintis bagi syarikat berstatus

MSC, yang syarikat berstatus MSC itu menjadi pemilik atau pemegang lesen hak itu sebelum 1 Julai 2018, dan bukan hak harta intelek yang baharu;

(d)

“harta intelek yang baharu” ertinya suatu hak harta intelek yang berhubungan dengan perniagaan perintis bagi suatu syarikat berstatus MSC—

(i)

yang syarikat berstatus MSC itu menjadi pemilik atau pemegang lesen hak itu pada atau selepas 1 Julai 2018; atau

P.U. (A) 332 4

(ii)

yang syarikat berstatus MSC itu menjadi pemilik atau pemegang lesen hak itu selepas 16 Oktober 2017 tetapi sebelum 1 Julai 2018 hasil daripada suatu pemerolehan oleh syarikat berstatus MSC itu, secara langsung atau tidak langsung, daripada suatu syarikat berkaitan.

Pendapatan bukan harta intelek yang tidak diambil kira

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENGGALAKAN PELABURAN (PENDAPATAN YANG TIDAK DIAMBIL KIRA BAGI SYARIKAT BERSTATUS MSC) 2018