Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Dalam menentukan pendapatan suatu syarikat berstatus MSC bagi maksud pelepasan cukai pendapatan—
(a)
bagi suatu syarikat berstatus MSC yang diberikan taraf perintis pada atau sebelum 16 Oktober 2017—
(i)
pendapatan bukan harta intelek yang diperoleh selepas 30 Jun 2021 tidak diambil kira; dan
(ii)
pendapatan bukan harta intelek yang diperoleh selepas 31 Disember 2018 daripada mana-mana aktiviti digalakkan yang diluluskan selepas 16 Oktober 2017 sebagai perniagaan perintis bagi syarikat berstatus MSC itu tidak diambil kira;
dan
(b)
bagi suatu syarikat berstatus MSC yang diberikan taraf perintis selepas 16 Oktober 2017, pendapatan bukan harta intelek yang diperoleh selepas 31 Disember 2018 tidak diambil kira.
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), “pendapatan bukan harta intelek” ertinya pendapatan yang diperoleh daripada perniagaan perintis bagi suatu syarikat berstatus
MSC yang bukan pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek sebagaimana yang ditafsirkan dalam perenggan 3(2)(b).
P.U. (A) 332 5
Dibuat 20 Disember 2018
[MITI(S).700-3/1/16 JLD. 2 (6); PN(PU2)451/VII]
IGNATIUS DARELL LEIKING
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (A) 332 6
PROMOTION OF INVESTMENTS ACT 1986
PROMOTION OF INVESTMENTS (EXCLUSION OF INCOME FOR MSC STATUS COMPANY)
REGULATIONS 2018