Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 11

(1)

Pemunya atau penghuni premis bertanah yang diberi perkhidmatan pemungutan tepi bebendul jalan dengan bekas sisa individu di bawah subperaturan 8(1) hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bekas sisa individu itu yang disediakan oleh pemegang lesen yang bertanggungjawab tidak rosak.

(2)

Jika pemunya atau penghuni premis bertanah tidak mengambil langkah yang munasabah di bawah subperaturan (1) dan kerosakan berlaku ke atas bekas sisa individu itu, pemunya atau penghuni itu hendaklah bertanggungjawab bagi apa-apa pembaikan atau penggantian bekas sisa individu itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

(3)

Seseorang pemunya atau penghuni premis bertanah yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

P.U. (A) 307 17

Penggantian atau pembaikan kebuk sisa atau kawasan penyimpanan sisa