Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
(1)
Jika pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan tidak menyediakan pemungutan tepi bebendul jalan bagi premis bertanah di dalam kawasan perkhidmatan atau kawasan skim, pemunya atau penghuni premis bertanah itu hendaklah meletakkan sisa baki itu ke dalam bekas sisa komunal yang disediakan oleh pemegang lesen yang bertanggungjawab, atau di tapak pelupusan yang disediakan oleh pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan.
P.U. (A) 307 16
(2)
Jika bekas sisa komunal atau tapak pelupusan tidak disediakan menurut subperaturan (1), pemunya atau penghuni premis bertanah itu hendaklah menggali suatu lubang yang mempunyai saiz yang mencukupi bagi pelupusan sisa bakinya, dan tidak boleh menerima sisa baki dari premis lain untuk dilupuskan ke dalam lubang itu, kecuali yang diluluskan selainnya oleh Perbadanan.
(3)
Pemunya atau penghuni premis bertanah yang menggali lubang di bawah subperaturan (2) hendaklah menanam sisa baki itu di dalam lubang itu apabila lubang itu penuh.
(4)
Seseorang pemunya atau penghuni premis bertanah yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
Kerosakan pada bekas sisa individu