Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Seseorang pemunya atau penghuni premis bertanah boleh meminta daripada pemegang lesen yang bertanggungjawab bagi pemungutan sisa baki, sisa pukal, sisa taman atau sisa yang boleh dikitar semula di luar jadual pemungutan.
(2)
Jika sisa baki, sisa pukal, sisa taman atau sisa yang boleh dikitar semula telah dipungut di luar jadual pemungutan, pemegang lesen yang bertanggungjawab boleh mengeluarkan suatu invois kepada pemunya atau penghuni premis bertanah itu berkenaan dengan caj bagi perkhidmatan pemungutan di luar jadual pemungutan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3)
Apabila invois di bawah subperaturan (2) diterima, pemunya atau penghuni premis bertanah itu hendaklah membayar caj itu kepada pemegang lesen yang bertanggungjawab secara tunai atau dalam apa-apa bentuk lain yang ditentukan oleh Perbadanan dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan invois itu.
(4)
Apabila bayaran caj di bawah subperaturan (3) diterima, pemegang lesen yang bertanggungjawab hendaklah mengeluarkan suatu resit kepada pemunya atau penghuni premis bertanah itu.
(5)
Semua caj yang genap masa dan kena dibayar kepada pemegang lesen yang bertanggungjawab hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada pemegang lesen yang bertanggungjawab, dan dalam hal apa-apa caj yang kena dibayar itu masih tidak dibayar, pemegang lesen yang bertanggungjawab itu boleh, selepas memberikan notis satu bulan, memulakan prosiding terhadap pemunya atau penghuni premis bertanah itu di dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten bagi mendapatkan kembali hutang itu.
Permintaan untuk meningkatkan kapasiti bekas sisa individu