Skip to content

Seksyen 19

Permintaan untuk meningkatkan kapasiti bekas sisa individu

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Isi Rumah dan Sisa Pepejal yang Serupa Dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011

P.U. (A)In forceProvision 18 of 26
Seksyen 19

(1)

Seseorang pemunya atau penghuni premis bertanah yang disediakan dengan bekas sisa individu boleh meminta kepada Perbadanan untuk meningkatkan kapasiti bekas sisa individu itu.

P.U. (A) 307 21

(2)

Jika kapasiti bekas sisa individu telah ditingkatkan, pemegang lesen yang bertanggungjawab hendaklah mengeluarkan suatu invois kepada pemunya atau penghuni premis bertanah itu berkenaan dengan caj bagi meningkatkan kapasiti bekas sedemikian seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(3)

Apabila invois di bawah subperaturan (2) diterima, pemunya atau penghuni premis bertanah itu hendaklah membayar caj itu kepada pemegang lesen yang bertanggungjawab secara tunai atau dalam apa-apa bentuk lain yang ditentukan oleh Perbadanan dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan invois itu.

(4)

Apabila bayaran caj di bawah subperaturan (3) diterima, pemegang lesen yang bertanggungjawab itu hendaklah mengeluarkan suatu resit kepada pemunya atau penghuni premis bertanah itu.