Malaysia legislation

Section 25

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 25

(1)

Dalam masa satu bulan selepas perbadanan pengurusan subsidiari ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985, semua pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan subsidiari yang hendaklah diadakan oleh perbadanan pengurusan.

(2)

Jika perbadanan pengurusan tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan subsidiari itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subperaturan (1), Pesuruhjaya boleh, atas permohonan salah seorang pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari, melantik mana-mana orang untuk mengadakan mesyuarat itu dan perbadanan pengurusan hendaklah membayar semua perbelanjaan yang dilakukan bagi maksud itu.

P.U. (A) 107 21

(3)

Mana-mana orang atau badan yang tidak mematuhi subperaturan (1)

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Notis mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan subsidiari

Section 25 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015