Malaysia legislation
Section 26
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 26
(1)
Notis mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah diberikan oleh perbadanan pengurusan kepada semua pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari dalam Borang 16 dan suatu salinan notis itu hendaklah dipamerkan pada papan notis perbadanan pengurusan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat.
(2)
Jika mana-mana pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari, tidak kurang daripada tujuh hari sebelum masa bagi mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama, memberikan suatu notis kepada perbadanan pengurusan menghendaki suatu usul dimasukkan dalam agenda mesyuarat agung tahunan pertama, jawatankuasa pengurusan hendaklah memberikan notis mengenai usul itu kepada semua pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu dan suatu salinan notis itu hendaklah dipamerkan pada papan notis perbadanan pengurusan di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat.
Notis ketetapan untuk mengesahkan Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan kadar bunga yang ditentukan oleh perbadanan pengurusan subsidiari 27.
Dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas setiap mesyuarat agung perbadanan pengurusan subsidiari yang padanya jumlah Caj disahkan atau diubah, perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah mengeluarkan Borang 17 kepada semua pemilik yang membentuk perbadanan pengurusan subsidiari itu untuk memaklumkan kepada semua pemilik jumlah Caj, caruman kepada kumpulan wang penjelas dan kadar bunga berkenaan dengan kelewatan pembayaran yang dikenakan oleh perbadanan pengurusan subsidiari dalam mesyuarat agung tahunan itu, dan suatu salinan Borang 17 hendaklah dipamerkan pada papan notis perbadanan pengurusan subsidiari di suatu bahagian kawasan pemajuan itu yang mudah dilihat.
P.U. (A) 107 22