Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Peminjaman pegawai
(1)
Pegawai yang dilantik secara tetap boleh, dengan persetujuannya, persetujuan Ketua Pegawai Eksekutif dan dengan kelulusan Perbadanan, dipinjamkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan kepada mana-mana perkhidmatan awam, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia.
(2)
Pegawai bagi mana-mana perkhidmatan awam, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia yang dilantik secara tetap boleh, dengan persetujuannya, persetujuan Ketua Jabatan mana-mana perkhidmatan awam dan dengan kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, dipinjamkan kepada Perbadanan.
(3)
Pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar
Malaysia boleh mempertimbangkan seseorang pegawai pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia untuk dipinjamkan kepada
Perbadanan, tertakluk kepada persetujuan pegawai itu, pihak berkuasa berkanun, atau mana-mana organisasi di dalam atau di luar Malaysia tersebut dan Perbadanan.
P.U. (A) 85 11