Malaysia legislation

Section 28

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018

Seksyen 28

(1)

Kenaikan pangkat seseorang pegawai adalah berasaskan merit.

(2)

Tiap-tiap calon yang layak dikehendaki menjalani suatu temu duga.

(3)

Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai bagi kenaikan pangkat,

Jawatankuasa Kenaikan Pangkat hendaklah mengambil kira—

(a)

kecekapan dan prestasi kerja pegawai itu;

(b)

kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai itu;

(c)

sifat-sifat peribadi pegawai itu, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat itu, integriti, potensi dan kepimpinan;

(d)

kegiatan luar dan sumbangan pegawai itu kepada negara dan masyarakat; dan

(e)

keputusan temu duga.

P.U. (A) 85 19

(4)

Sebagai tambahan kepada perkara yang dinyatakan dalam subperaturan (3),

Jawatankuasa Kenaikan Pangkat boleh mempertimbangkan apa-apa aspek lain yang difikirkannya berkaitan.

Syarat kenaikan pangkat

Section 28 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA MALAYSIA (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2018