Malaysia legislation
Section 13F
of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024
Seksyen 13F
Notis bagi undi sulit
(1)
Selepas menentukan perkara-perkara di bawah peraturan 13D,
Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan notis dalam Borang FG kepada kesatuan sekerja pekerja dan majikan atau kesatuan sekerja majikan yang berkenaan.
(2)
Majikan atau kesatuan sekerja majikan hendaklah meletakkan salinan notis undi sulit di tempat yang mudah dilihat di premis majikan yang berkenaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah selama tujuh hari berturut-turut sebaik sebelum hari pembuangan undi sulit.
(3)
Melainkan jika atas arahan Ketua Pengarah, tiada seorang pun, boleh mengalihkan, merosakkan atau memusnahkan notis undi sulit sehingga selepas undi sulit selesai.
Majikan dan kesatuan sekerja hendaklah membantu Ketua Pengarah