Malaysia legislation
Section 13G
of PERATURAN-PERATURAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (PINDAAN) 2024
Seksyen 13G
(1)
Jika Ketua Pengarah telah memberikan arahan di bawah peraturan 13C atau menyerahkan notis di bawah subperaturan 13D(1), majikan atau kesatuan sekerja majikan dan kesatuan sekerja pekerja yang berkenaan hendaklah memberi apa-apa maklumat kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang dikehendaki olehnya dan hendaklah membantu
Ketua Pengarah bagi membolehkannya mengendalikan undi sulit dengan segera.
(2)
Tiada seorang pun, majikan atau kesatuan sekerja boleh dalam apa cara sekalipun menghalang pembuangan undi sulit.
P.U. (A) 241 11
Pemberitahuan Keputusan