Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) (PINDAAN) 2016
Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 6
peraturan yang berikut:
“Peratusan minimum bagi pengurangan harga 6A. (1)
Bagi maksud jualan pada harga jualan murah di bawah peraturan 5, peratusan minimum bagi pengurangan harga barang-barang yang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan hendaklah tidak kurang daripada sepuluh peratus daripada harga yang barang-barang itu dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan dahulu olehnya sebagaimana yang dikehendaki untuk ditunjukkan di bawah perenggan 8(1)(a).
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
(a)
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit; atau
(b)
jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
4
tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.”.
Pindaan peraturan 7