Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PERIKATAN RANGKUMAN KEWANGAN (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2016
Seksyen 8
(1)
Seseorang yang ditauliahkan kepada, atau yang hadir di sesuatu persidangan antarabangsa yang diadakan oleh, AFI sebagai wakil—
4
(a)
suatu negara selain Malaysia;
(b)
suatu organisasi antarabangsa yang lain; atau
(c)
suatu organisasi seberang laut, hendaklah mempunyai semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Ketiga kepada Akta.
(2)
Seseorang yang tidak lagi ditauliahkan kepada, atau yang telah hadir di persidangan sedemikian yang diadakan oleh, AFI sebagai wakil yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b) atau (c), hendaklah mempunyai kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Ketiga kepada Akta.
Keistimewaan dan kekebalan orang yang sedang berkhidmat dalam jawatankuasa, yang sedang mengambil bahagian dalam kerja, atau yang sedang melaksanakan misi bagi pihak, AFI