Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PERIKATAN RANGKUMAN KEWANGAN (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 2016
Seksyen 9
(1)
Seseorang yang sedang berkhidmat dalam sesuatu jawatankuasa, atau yang sedang mengambil bahagian dalam kerja, AFI atau yang sedang melaksanakan suatu misi bagi pihak AFI hendaklah mempunyai semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelima kepada Akta.
(2)
Seseorang yang telah berkhidmat dalam suatu jawatankuasa, atau telah mengambil bahagian dalam kerja, AFI atau telah melaksanakan misi bagi pihak AFI hendaklah mempunyai kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual Kelima kepada Akta.
Penepian 10.
(1)
Lembaga hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada AFI dan Pengarah Eksekutif jika, pada pendapatnya, kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.
5
(2)
Pengarah Eksekutif hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada—
(a)
seseorang pegawai; atau
(b)
seseorang yang sedang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau yang sedang mengambil bahagian dalam kerja, AFI atau yang sedang menjalankan misi bagi pihak AFI, jika, pada pendapatnya, kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.
(3)
Suatu negara selain Malaysia, atau ketua suatu organisasi antarabangsa yang lain atau suatu organisasi seberang laut hendaklah mempunyai hak dan tanggungjawab untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada seseorang yang ditauliahkan kepada, atau yang hadir di persidangan antarabangsa yang diadakan oleh,
AFI sebagai wakil—
(a)
negara itu;
(b)
organisasi antarabangsa itu; atau
(c)
organisasi seberang laut itu, jika, pada pendapat negara atau ketua itu, kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.
Dibuat 27 Januari 2016
[KK/BA(S)911/706/20; PN(PU2)507/IV]
DATO’ SRI ANIFAH HJ. AMAN
Menteri Luar Negeri
6
Bersetuju,
Pada tarikh 27 Januari 2016
DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
7
INTERNATIONAL ORGANIZATIONS (PRIVILEGES AND IMMUNITIES) ACT 1992
ALLIANCE FOR FINANCIAL INCLUSION
(PRIVILEGES AND IMMUNITIES) REGULATIONS 2016