Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 12
(1)
Pegawai penguat kuasa boleh mengambil sampel apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain.
P.U. (A) 116 11
(2)
Pemunya hendaklah mengakui mana-mana sampel yang telah diambil oleh pegawai penguat kuasa dengan menggunakan borang yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
(3)
Pemunya hendaklah membungkus dan menyimpan baki apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain setelah sampel diambil.
(4)
Pegawai penguat kuasa boleh melupuskan mana-mana sampel yang telah diambil mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(5)
Pemunya boleh mendapatkan keputusan lengkap analisis dan ujian ke atas apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain dengan membuat permohonan secara bertulis kepada
Ketua Pengarah.
(6)
Bagi maksud peraturan ini, pemunya hendaklah mematuhi apa-apa arahan pegawai penguat kuasa.
Ketidakpatuhan