Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 11
(1)
Apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan dalam transit hendaklah tertakluk kepada pemeriksaan sebagaimana di bawah peraturan 10.
(2)
Jika pegawai penguat kuasa semasa pemeriksaan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sesuatu tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan dalam transit itu mengandungi, mempunyai atau dijangkiti apa-apa perosak atau penyakit, tidak diisytiharkan, menyalahi undang-undang atau tidak mematuhi dokumen transit, dia boleh mengambil tindakan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 13.
(3)
Tiada tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan dalam transit boleh dibuka, dibahagikan, dicampurkan dengan konsainan lain atau dibungkus semula di pintu masuk tanpa kelulusan pegawai penguat kuasa.
(4)
Pergerakan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan dalam transit menuju ke destinasi yang ditentukan hendaklah mengikut arahan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Pengambilan sampel