Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 9
(1)
Pemunya apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan, apabila dikehendaki oleh pegawai penguat kuasa, hendaklah mengemukakan apa-apa dokumen import seperti yang berikut:
P.U. (A) 116 9
(a)
borang pengisytiharan sebagaimana ditentukan oleh Ketua
Pengarah;
(b)
permit import atau lesen import;
(c)
apa-apa dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2)
Apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan yang tidak mempunyai dokumen import bolehlah ditolak kemasukannya.
(3)
Apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan yang tidak mematuhi syarat-syarat import hendaklah─
(a)
ditolak kemasukannya; atau
(b)
tertakluk kepada tatacara kuarantin.
Pemeriksaan tumbuhan, binatang, karkas dsb. yang diimport