Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN MALAYSIA (KUARANTIN DAN PEMERIKSAAN) 2013
Seksyen 10
(1)
Pegawai penguat kuasa boleh memberhentikan dan menahan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan, orang atau pengangkut, termasuklah mel, kiriman dan bagasi bagi maksud melakukan pemeriksaan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
(2)
Segala tenaga kerja dan kemudahan yang dikehendaki untuk melakukan pemeriksaan hendaklah disediakan oleh pemunya tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu.
(3)
Pegawai penguat kuasa boleh mengarahkan pemunya untuk membawa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan itu ke tempat yang ditentukan untuk pemeriksaan.
P.U. (A) 116 10
(4)
Pemeriksaan hendaklah dilakukan dengan kehadiran pemunya.
(5)
Tiada tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan yang diimport boleh dipunggah daripada pengangkut atau dipindahkan dari mana-mana pintu masuk tanpa pemeriksaan dan kelulusan pegawai penguat kuasa.
Pemeriksaan tumbuhan, binatang, karkas dsb. dalam transit