Malaysia legislation
Section 15
of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN POS (PERKHIDMATAN SEJAGAT) (PINDAAN) 2020
Seksyen 15
(1)
Pemegang lesen perkhidmatan sejagat boleh menyediakan untuk penyewaan suatu peti pos persendirian untuk pengguna bukan komersial secara tahunan, dengan mengenakan fi penyewaan tahunan sebanyak lima puluh ringgit dan deposit sebanyak lima ringgit.
(2)
Jika penyewa berhasrat untuk memperbaharui penyewaannya, penyewa itu hendaklah membayar fi penyewaan tahunan bagi tahun berikutnya dalam masa tiga bulan selepas tamat tempoh penyewaan tahunan bagi tahun semasa.
(3)
Jika penyewa tidak berhasrat untuk memperbaharui penyewaan bagi tahun berikutnya, penyewa itu hendaklah—
(a)
memaklumkan pemegang lesen perkhidmatan sejagat dalam masa satu bulan sebelum tamat tempoh penyewaan tahunan bagi tahun semasa; dan
(b)
memulangkan kunci peti pos persendirian apabila tamat tempoh penyewaan tahunan bagi tahun semasa.
P.U. (A) 45 4
(4)
Penyewa disifatkan memperbaharui penyewaan bagi tahun yang berikutnya jika penyewa itu tidak mengambil tindakan yang dikehendaki di bawah subperaturan (3).”.
Dibuat 28 Januari 2020
[KKMM/PUU 800-1/4; KKMM.BPK(S)600-4/2/4 JLD.2(44); PN(PU2)501/IV]
GOBIND SINGH DEO
Menteri Komunikasi dan Multimedia
P.U. (A) 45 5
POSTAL SERVICES ACT 2012
POSTAL SERVICES (UNIVERSAL SERVICE) (AMENDMENT) REGULATIONS 2020