Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011

Seksyen 10

Pemindahan bahan radioaktif

(1)

Sekiranya pemegang lesen memutuskan untuk memindahkan bahan radioaktif kepada mana-mana orang lain, pemegang lesen itu hendaklah mendapatkan kelulusan Lembaga terlebih dahulu sebelum pemindahan itu.

(2)

Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa orang yang kepadanya bahan radioaktif itu hendak dipindahkan mempunyai lesen yang sah.

(3)

Jika pemegang lesen tidak dapat memindahkan bahan radioaktif itu kepada orang sebagaimana yang telah dikenal pasti di bawah subperaturan (1), pemegang lesen hendaklah mengisytiharkan bahan radioaktif itu sebagai sisa radioaktif atau mengekalkannya sebagai bahan radioaktif.

(4)

Pemegang lesen hendaklah, selepas pengisytiharan di bawah subperaturan (3), memperoleh kelulusan daripada Lembaga terlebih dahulu sebelum menghantar sisa radioaktif itu ke kemudahan pengurusan sisa radioaktif yang diluluskan oleh Lembaga.

P.U. (A) 274 13

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011