Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN PERLESENAN TENAGA ATOM (PENGURUSAN SISA RADIOAKTIF) 2011
Seksyen 11
Mana-mana orang yang bercadang untuk memperoleh sumber terkedap yang mengandungi bahan radioaktif yang mempunyai keaktifan lebih besar daripada 100 Megabecquerel hendaklah –
(a)
menghendaki pembekal, supaya memasukkan suatu syarat dalam perjanjian bagi pembelian atau dalam dokumen bagi penerimaan sumber terkedap sebagai hadiah, untuk menerima semula sumber terkedap tersebut dalam masa tiga bulan dari tarikh permintaan pemulangan yang dibuat oleh pembeli atau penerima;
(b)
menghantar satu salinan bahagian yang berkaitan perjanjian atau dokumen penerimaan sumber terkedap itu kepada Lembaga dan memperoleh kebenaran bertulis Lembaga sebelum membuat perjanjian atau menerima sumber terkedap itu; dan
(c)
memulangkan sumber terkedap terpakai itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a).
Pemindahan ke kemudahan pengurusan sisa radioaktif