Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (URUS NIAGA PERDAGANGAN ELEKTRONIK) 2024
Seksyen 7
(1)
Mana-mana pengendali pasar dalam talian hendaklah—
(a)
memastikan bahawa pembekal pasar dalam talian mematuhi peraturan 3 sebelum apa-apa urus niaga perdagangan elektronik dibenarkan untuk dijalankan;
(b)
menyediakan saluran kepada pembeli untuk membuat aduan berkenaan dengan urus niaga perdagangan elektronik; dan
(c)
memastikan bahawa pengiklanan barang atau perkhidmatan yang ditawarkan atau dibekalkan oleh mana-mana pembekal pasar dalam talian tidak melanggar mana-mana peruntukan di bawah
Peraturan-Peraturan ini.
Penyenggaraan rekod