Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (URUS NIAGA PERDAGANGAN ELEKTRONIK) 2024
Seksyen 8
(1)
Mana-mana pengendali pasar dalam talian hendaklah, bagi tempoh tiga tahun, mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menyimpan dan menyenggara suatu rekod pembekal pasar dalam talian seperti yang berikut:
(a)
nama, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, nombor akaun perniagaan dan alamat e-mel pembekal pasar dalam talian;
(b)
alamat laman sesawang pasar dalam talian yang digunakan, jika ada;
P.U. (A) 449 5
(c)
nama dan nombor pendaftaran perdagangan atau syarikat, jika ada; dan
(d)
rekod transaksi urus niaga perdagangan elektronik atau pengiklanan.
(2)
Perenggan (1)(d) hendaklah juga terpakai bagi pembekal pasar dalam talian.
Kesalahan