Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2013
Seksyen 3
Tafsiran
“bertekanan tinggi bersuhu tinggi” ertinya suatu projek untuk pembangunan reservoir dalam keadaan suhu dasar telaga tidak terganggu melebihi 150°C atau 300°F dan jika sama ada jangkaan tekanan liang maksimum bagi apa-apa formasi poros melebihi 0.8 pip/ka. (lebih daripada 15.4ppg mud), atau kelengkapan kawalan tekanan dengan tekanan kerja terkadar melebihi 10,000 pip;
“gas karbon dioksida tinggi” ertinya suatu projek dengan kandungan gas karbon dioksida lebih daripada dua puluh peratus atau tidak menepati spesifikasi loji gas tempat adunan dan memerlukan penyingkiran karbon dioksida;
3
“medan” ertinya suatu kawasan dalam kawasan perjanjian petroleum;
“medan marginal” ertinya suatu medan dalam kawasan perjanjian petroleum sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 4;
“Pelan Pembangunan Medan” ertinya suatu pelan untuk pembangunan medan minyak atau gas yang diluluskan oleh Petroliam Nasional Berhad;
“perolehan minyak tertingkat” ertinya suatu projek pembangunan tahap ketiga yang melibatkan proses yang mengaplikasikan tenaga luar ke reservoir untuk mempertingkatkan faktor perolehan daripada medan pengeluaran;
“projek laut dalam” ertinya suatu projek di kedalaman air lebih daripada dua ratus meter;
“projek yang layak” ertinya suatu projek sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan