Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN PELABURAN) 2013
Seksyen 5
Medan marginal 4.
Menteri boleh menentukan suatu medan marginal iaitu suatu medan dalam kawasan perjanjian petroleum yang mempunyai rizab minyak mentah yang berpotensi tidak melebihi tiga puluh juta tong tangki stok atau rizab gas asli tidak melebihi lima ratus bilion kaki padu standard.
Projek yang layak 5.
Menteri boleh menentukan suatu projek yang layak iaitu suatu projek yang dijalankan oleh seseorang yang boleh dikenakan cukai–
(a)
di dalam suatu medan yang menjalankan satu atau lebih projek berkenaan dengan perolehan minyak tertingkat, gas karbon dioksida tinggi, bertekanan tinggi bersuhu tinggi atau mana-mana gabungan; atau 4
(b)
di dalam suatu kawasan di bawah suatu perjanjian petroleum, berkenaan dengan suatu projek laut dalam.
Operasi petroleum berasingan