Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(1)
Pendaftar hendaklah membatalkan pendaftaran ejen yang—
(a)
telah dibuang daripada Daftar Ejen Paten atau Daftar Ejen Cap
Dagangan, atau digantung atau dibuang daripada Daftarai
Peguam Bela dan Peguam Cara, yang mana berkenaan;
(b)
telah disabitkan dengan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau apa-apa kesalahan lain di bawah Akta;
24
(c)
bukan lagi seorang warganegara, berdomisil dalam, atau pemastautin tetap, Malaysia atau tidak lagi beramal atau menjalankan perniagaan utamanya di Malaysia;
(d)
telah menjadi bankrap atau tidak solven; atau
(e)
gagal untuk memperbaharui pendaftaran ejen di bawah perenggan 32(1)(b) Akta.
(2)
Selepas penyiaran dalam Jurnal di bawah perenggan 32(2)(b) Akta, orang yang diwakili oleh ejen yang pendaftarannya telah dibatalkan dan dikeluarkan daripada Daftar Ejen Petunjuk Geografi di bawah peraturan ini hendaklah melantik dan memberikan kuasa kepada ejen baharu untuk bertindak baginya.
(3)
Walau apa pun perenggan (1)(e) dan subperaturan (2), Pendaftar hendaklah memasukkan semula pendaftaran ejen yang pendaftarannya telah dibatalkan dan dikeluarkan daripada Daftar Ejen Petunjuk Geografi di bawah perenggan (1)(e) dan subperaturan (2) jika ejen itu memfailkan, dalam tempoh enam bulan dari tarikh pembatalan dan pengeluaran itu—
(a)
suatu permohonan bagi pelanjutan masa di bawah subseksyen 90(1) Akta; dan
(b)
suatu permohonan bagi pembaharuan pendaftaran di bawah perenggan 32(1)(f) Akta.
Pendaftar boleh menolak untuk mengiktiraf ejen