Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Pendaftar boleh menolak untuk mengiktiraf orang yang berikut sebagai seorang ejen bagi maksud apa-apa perbuatan, perkara atau benda di bawah Akta:
(a)
seseorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau mana-mana kesalahan lain di bawah Akta;
25
(b)
seorang ejen yang namanya telah dibatalkan, dikeluarkan daripada dan tidak dimasukkan semula ke dalam Daftar Ejen Petunjuk Geografi; dan
(c)
suatu perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang salah satu pekongsi atau pengarahnya ialah orang yang boleh ditolak untuk diiktiraf oleh
Pendaftar menurut perenggan (a) atau (b).
Penamatan atau penghentian ejen