Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI (PINDAAN) 2013

Seksyen 4

Peraturan baru 14A, 14B, 14C dan 14D

peraturan yang berikut:

P.U. (A) 225 3

“Pendaftaran ejen 14A. (1)

Permohonan untuk didaftarkan sebagai ejen petunjuk geografi hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang PG 15 berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Bagi maksud pendaftaran sebagai ejen petunjuk geografi di bawah peraturan ini, pemohon hendaklah memuaskan hati Pendaftar bahawa dia adalah sama ada berdomisil atau bermastautin di Malaysia atau mempunyai tempat perniagaan utama di Malaysia, dan—

(a)

terdapat dalam Daftar Ejen Paten yang disenggarakan menurut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta

Paten 1983 [Akta 291];

(b)

terdapat dalam

Daftar

Ejen

Cap

Dagangan yang disenggarakan menurut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Cap Dagangan 1996 [Akta 175];

(c)

seorang peguam bela dan peguam cara yang beramal di

Malaysia;

(d)

memegang ijazah yang diiktiraf dalam apa-apa bidang pengajian dan mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang diperlukan dalam bidang harta industri; atau

(e)

mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman dalam bidang harta industri oleh sebab dia ialah seorang bekas pegawai Pejabat itu.

(3)

Pendaftar hendaklah, apabila berpuas hati bahawa pemohon memenuhi syarat di bawah subperaturan (2), mendaftarkan pemohon itu selama tempoh yang tamat tiap-tiap tahun pada 31 Disember tahun itu.

P.U. (A) 225 4

(4)

Pendaftar tidak boleh mendaftarkan mana-mana orang yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan boleh daftar atau apa-apa kesalahan jenayah yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran.

Pemecatan ejen 14B.

Seseorang ejen hendaklah dikeluarkan daripada Daftar Ejen Petunjuk

Geografi jika dia—

(a)

tidak lagi berdomisil atau bermastautin di Malaysia atau tidak lagi mempunyai tempat perniagaan utama di Malaysia;

(b)

disabitkan atas suatu kesalahan boleh daftar atau apa-apa kesalahan jenayah yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran;

(c)

seorang bankrap yang belum dilepaskan; atau

(d)

telah dipotong daripada, dan tidak dimasukkan semula ke dalam, atau digantung pada masa ini daripada Daftar Ejen Paten, Daftar

Ejen Cap Dagangan atau Daftarai Peguam Bela dan Peguam Cara.

Pembaharuan ejen 14C.

(1)

Permohonan bagi pembaharuan pendaftaran sebagai ejen petunjuk geografi hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang PG 16

berserta dengan bayaran fi yang ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Januari tiap-tiap tahun.

(2)

Pendaftar hendaklah, apabila berpuas hati bahawa syarat yang dinyatakan dalam subperaturan 14A(2) dan (4) terus dipenuhi, membaharui pendaftaran ejen petunjuk geografi itu selama tempoh yang tamat tiap-tiap tahun pada 31 Disember tahun itu.

Daftar Ejen Petunjuk Geografi 14D.

Pendaftar hendaklah menyenggarakan Daftar Ejen Petunjuk Geografi.”.

P.U. (A) 225 5

Pindaan peraturan 29

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PETUNJUK GEOGRAFI (PINDAAN) 2013