Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Peraturan 29
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Dengan seberapa segera yang boleh selepas habisnya tempoh dua bulan dari tarikh penyiaran permohonan di bawah subperaturan 16(2) dan setelah pembayaran fi pendaftaran dibuat di bawah peraturan 28, Pendaftar hendaklah mendaftarkan petunjuk geografi dan mencatatkan petunjuk geografi itu dalam Daftar mengikut seksyen 19 Akta dan Peraturan-Peraturan ini.”.