Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) 2011

Seksyen 4

Pindaan peraturan 11

(a)

dalam perenggan (2)(c), dengan memotong perkataan “Dalam perenggan ini

“parti politik” ertinya mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah

Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], yang Suruhanjaya Pilihan Raya berpuas hati adalah ditubuhkan bagi maksud politik.”;

(b)

dalam perenggan (5)(d)

(i)

dengan menggantikan perkataan “tempat”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “pusat”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “tempat-tempat” dengan perkataan

“pusat-pusat”;

(c)

dengan menggantikan subperaturan (5A) dengan subperaturan yang berikut:

“(5A) Melainkan jika Suruhanjaya Pilihan Raya, melalui notis mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, menetapkan apa-apa waktu lain berkenaan dengan mana-mana bahagian pilihan raya atau sebahagian daripadanya, pengundian dalam mana-mana bahagian pilihan raya itu hendaklah dibuka selama dua belas jam antara waktu yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.”;

(d)

dengan memasukkan selepas subperaturan (5A) subperaturan yang berikut:

“(5B) Notis yang disebut dalam subperaturan (5) dan (5A) hendaklah disiarkan dalam Warta secepat yang dapat dilaksanakan.”;

4

(e)

dalam subperaturan (7), dengan menggantikan perkataan “dalam tempoh tiga hari dari hari penamaan, calon itu hendaklah memberikan notis bertulis sendiri mengenai penarikan balik pencalonan itu” dengan perkataan

“sebelum pukul dua belas tengah hari sehari selepas hari penamaan, calon itu hendaklah memberi sendiri notis yang bermaksud demikian dalam Borang 6

atau 6A, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam Jadual Pertama”; dan

(f)

dalam subperaturan (8), dengan menggantikan perkataan “Notis bertulis”

dengan perkataan “Borang 6 atau 6A”.

Pindaan peraturan 13

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PILIHAN RAYA (PENJALANAN PILIHAN RAYA) (PINDAAN) 2011