Malaysia legislation
Section 8
of PERATURAN-PERATURAN SEWA BELI (PERMOHONAN PERMIT DAN TATACARA PEMILIKAN SEMULA BARANGAN) 2011
Seksyen 8
(1)
Suatu permohonan untuk permit pengganti hendaklah dibuat kepada
Pengawal secara bertulis.
(2)
Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah disahkan oleh laporan polis yang dibuat oleh ejen pemilikan semula.
(3)
Jika Pengawal berpuas hati dengan alasan kehilangan permit, Pengawal boleh mengeluarkan suatu permit pengganti dalam Borang ASB 2 dengan perkataan
“PENDUA” diendorskan di atas permit.
(4)
Ejen pemilikan semula hendaklah membayar fi bagi pengeluaran permit pengganti yang dinyatakan dalam Jadual.
Penarikan balik, pembatalan atau penggantungan permit