Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN SEWA BELI (PERMOHONAN PERMIT DAN TATACARA PEMILIKAN SEMULA BARANGAN) 2011
Seksyen 9
(1)
Jika pada pendapat Pengawal seorang ejen pemilikan semula terlibat dalam aktiviti yang melanggar Akta atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana syarat permit, Pengawal boleh menarik balik, membatalkan atau menggantung permit yang diberikan kepada ejen pemilikan semula itu.
(2)
Jika penarikan balik, pembatalan atau penggantungan permit di bawah peraturan ini dibuat, mana-mana orang yang terkilan oleh penarikan balik, pembatalan atau penggantungan permitnya boleh dalam 14 hari dari tarikh penarikan balik, pembatalan atau penggantungan itu merayu secara bertulis kepada Menteri.
(3)
Keputusan Menteri ke atas rayuan yang dibuat di bawah subperaturan (2)
adalah muktamad.
P.U. (A) 192 8
Kesan penarikan balik, pembatalan atau penggantungan permit