Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018

Seksyen 8

Bayaran fi latihan

(1)

Pertubuhan boleh melantik apa-apa bilangan pemberi latihan mengikut apa-apa cara dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Pemberi latihan yang dilantik oleh Pertubuhan di bawah subperaturan (1)

hendaklah mengemukakan suatu tuntutan bagi fi latihan dalam Borang SIPF 3 Jadual kepada Pertubuhan, secara elektronik atau selainnya, bersama dengan apa-apa dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(3)

Apabila tuntutan di bawah subperaturan (2) diterima dan apabila berpuas hati bahawa pemberi latihan telah menjalankan latihan berkenaan dengan orang berinsurans, Pertubuhan hendaklah membayar fi latihan kepada pemberi latihan itu.

P.U. (A) 354 8

Bayaran faedah kepada orang tanggungan

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018