Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018

Seksyen 9

(1)

Jika orang berinsurans mati, dalam keadaan koma atau tidak sempurna akal—

(a)

selepas orang berinsurans itu membuat suatu tuntutan bagi elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan di bawah Akta; atau

(b)

dalam tempoh yang orang berinsurans itu berhak mendapat atau sedang menerima elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan di bawah Akta, mana-mana orang tanggungan bagi orang berinsurans itu hendaklah dengan segera memberitahu Pertubuhan, secara elektronik atau selainnya, mengenai hakikat itu.

(2)

Mana-mana orang tanggungan bagi orang berinsurans yang disebut dalam subperaturan (1) yang berniat untuk menuntut bayaran elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan hendaklah mengemukakan tuntutan dalam Borang SIPF 4 Jadual kepada Pertubuhan, secepat yang dapat dilaksanakan, secara elektronik atau selainnya, bersama dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(3)

Dalam hal orang tanggungan yang merupakan orang yang belum dewasa, tuntutan yang dibuat di bawah subperaturan (2) hendaklah dikemukakan—

(a)

oleh penjaganya; atau

(b)

jika tiada penjaga, oleh mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pertubuhan.

(4)

Apabila suatu tuntutan daripada orang tanggungan di bawah subperaturan (2) atau (3) diterima, Pertubuhan boleh mengeluarkan suatu notis, secara elektronik atau selainnya, kepada mana-mana orang tanggungan lain yang telah

P.U. (A) 354 9

dinamakan dalam Borang SIPF 1 Jadual tetapi belum mengemukakan tuntutannya di bawah subperaturan (2) atau (3).

(5)

Notis yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah mengandungi maklumat bahawa suatu tuntutan di bawah subperaturan (2) atau (3) telah dikemukakan oleh orang tanggungan yang lain.

(6)

Apabila notis yang dikeluarkan di bawah subperaturan (4) diterima, orang tanggungan itu boleh mengemukakan suatu tuntutan mengikut subperaturan (2)

atau (3) kepada Pertubuhan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(7)

Apabila tuntutan daripada orang tanggungan di bawah subperaturan (2)

atau (3) diterima, Pertubuhan hendaklah menentukan sama ada orang tanggungan itu berhak mendapat bayaran elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan.

(8)

Jika Pertubuhan menentukan bahawa orang tanggungan berhak mendapat bayaran elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan, Pertubuhan hendaklah membayar elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan itu kepada orang tanggungan itu.

(9)

Jika Pertubuhan menentukan bahawa orang tanggungan tidak berhak mendapat bayaran elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan atau elaun latihan, Pertubuhan hendaklah memberitahu orang tanggungan itu mengenai penentuannya secara elektronik atau selainnya.

Tarikh akruan faedah yang kena dibayar kepada orang tanggungan