Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL) 2018

Seksyen 11

(1)

Semasa pendengaran di hadapan Jemaah Rayuan, pemohon boleh mengemukakan apa-apa keterangan atau memanggil mana-mana saksi bagi menyokong permohonannya.

(2)

Selepas pemohon membentangkan permohonannya, responden hendaklah membentangkan pembelaannya dan boleh mengemukakan apa-apa keterangan atau memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya.

(3)

Jika apa-apa pernyataan bertulis atau keterangan dikemukakan semasa prosiding, pernyataan bertulis atau keterangan itu hendaklah ditandakan sebagai suatu eksibit dan menjadi sebahagian daripada rekod prosiding.

P.U. (A) 353 9

(4)

Pemohon dan responden hendaklah mempunyai hak untuk memeriksa mana-mana saksi atau keterangan yang dikemukakan oleh pihak yang satu lagi.

(5)

Jemaah Rayuan boleh menanyakan apa-apa soalan yang pada pendapatnya berkaitan dengan permohonan itu kepada mana-mana saksi pada mana-mana peringkat prosiding.

(6)

Pemohon dan responden boleh membuat suatu hujahan lisan atau bertulis di hadapan Jemaah Rayuan.

(7)

Jemaah Rayuan boleh pada bila-bila masa membantu pihak-pihak dalam permohonan itu semasa menjalankan pendengaran.

Ketidakhadiran pihak-pihak

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL) 2018