Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (JEMAAH RAYUAN KESELAMATAN SOSIAL) 2018
Seksyen 12
(1)
Jika pemohon tidak hadir pada tarikh, pada masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi responden hadir, Jemaah Rayuan boleh, apabila berpuas hati bahawa notis pendengaran yang disebut dalam peraturan 8 telah disampaikan dengan sewajarnya, menolak permohonan yang disebut dalam peraturan 2.
(2)
Jika responden tidak hadir pada tarikh, pada masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran tetapi pemohon hadir, Jemaah Rayuan boleh, apabila berpuas hati bahawa notis pendengaran di bawah peraturan 8 telah disampaikan dengan sewajarnya—
(a)
meneruskan pendengaran itu tanpa kehadiran responden; atau
(b)
menangguhkan pendengaran itu ke suatu tarikh lain.
(3)
Jika kedua-dua pihak dalam permohonan tidak hadir pada tarikh, pada masa dan di tempat yang ditetapkan untuk pendengaran, permohonan itu hendaklah ditolak.
P.U. (A) 353 10
Penarikan balik permohonan