Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017

Seksyen 2

(1)

Seseorang majikan hendaklah memohon bagi pendaftaran perusahaannya yang baginya Akta ini terpakai dengan Pertubuhan dalam Borang SIP 1 Jadual, secara elektronik atau selainnya, tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh Akta terpakai bagi perusahaannya bersama dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(2)

Seseorang majikan yang disifatkan telah mendaftarkan perusahaannya di bawah seksyen 15 Akta hendaklah memberitahu Pertubuhan mengenai perusahaannya dalam Borang SIP 1A Jadual, secara elektronik atau selainnya, tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh Akta mula berkuat kuasa.

(3)

Mana-mana majikan yang tidak mematuhi subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

P.U. (A) 452 4

Nombor kod majikan

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017