Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2017
Seksyen 3
(1)
Apabila permohonan bagi pendaftaran di bawah subperaturan 2(1)
diterima, Pertubuhan hendaklah mendaftarkan perusahaan itu dan mengeluarkan suatu nombor kod majikan kepada perusahaan itu jika Pertubuhan berpuas hati bahawa Akta terpakai bagi perusahaan itu.
(2)
Apabila pemberitahuan di bawah subperaturan 2(2)
diterima,
Pertubuhan hendaklah mengeluarkan suatu nombor kod majikan kepada perusahaan itu jika Pertubuhan berpuas hati bahawa Akta terpakai bagi perusahaan itu.
(3)
Walaupun Borang SIP 1 atau Borang SIP 1A yang telah diberikan di bawah peraturan 2 tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh majikan, Pertubuhan boleh mengeluarkan suatu nombor kod majikan kepada perusahaan yang berkenaan dengan majikan itu.
(4)
Pengeluaran nombor kod majikan di bawah subperaturan (3) oleh
Pertubuhan tidak akan mengecualikan majikan itu daripada melengkapkan dan memberikan Borang SIP 1 atau Borang SIP 1A sebagaimana yang dikehendaki di bawah peraturan 2.
(5)
Nombor kod majikan yang dikeluarkan kepada perusahaan di bawah peraturan ini hendaklah digunakan oleh majikan itu dalam semua urusan dengan
Pertubuhan yang berhubungan dengan perusahaan itu.
Pendaftaran pekerja