Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN JADUAL KEDUA) 1981

Seksyen 4

KEMUDAHAN PERUBATAN:

Rawatan pesakit luar percuma bagi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, ahli-ahli, isteri-isteri dan anak-anak mereka tetapi jika masuk hospital bayaran harian wad yang kena dibayar mengikut kadar yang kena dibayar bagi pegawai-pegawai Bahagian I kecuali jika masuk hospital adalah akibat kecederaan yang dialami dalam menjalankan tugasnya. Jika Pengerusi atau ahli-ahli adalah seseorang yang telah berpencen ia boleh memilih untuk mendapatkan kemudahan perubatan yang disediakan untuk orang-orang berpencen. "Anak" ertinya anak tanggungan Pengerusi atau ahli yang berumur di bawah 21 tahun, atau mana-mana anak tanggungan yang mengikuti ijazah pertama dalam sesuatu institusi pengajian tinggi dan termasuklah seseorang anak yang cacat otak atau cacat anggota yang mengenainya had umur tidak dipakai. Ianya hendaklah juga termasuk seseorang anak tiri atau anak yang diambil sebagai anak angkat di bawah mana-mana undang-undang atau adat yang diiktirafkan.

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA (PINDAAN JADUAL KEDUA) 1981