Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (AKSES KEPADA DAFTAR DAN MAKLUMAT YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEMUNYAAN BENEFISIAL) 2025

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“agensi penguat kuasa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 3(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan

Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613];

“perolehan Kerajaan” ertinya perolehan untuk barangan, perkhidmatan atau kerja atau apa-apa gabungannya, melalui pembiayaan yang disediakan oleh

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan yang berkaitan, sama ada secara keseluruhannya atau sebahagiannya atau melalui penggunaan aset yang dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan yang berkaitan bagi maksud operasi dan pentadbiran Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan Kerajaan atau bagi maksud kepentingan awam.

P.U. (A) 7 3

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (AKSES KEPADA DAFTAR DAN MAKLUMAT YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEMUNYAAN BENEFISIAL) 2025