Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (AKSES KEPADA DAFTAR DAN MAKLUMAT YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEMUNYAAN BENEFISIAL) 2025

Seksyen 3

Akses kepada daftar pemunya benefisial

(1)

Daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh suatu syarikat hanya boleh diakses oleh mana-mana orang atau golongan orang seperti yang berikut:

(a)

pemunya benefisial, hanya yang berhubungan dengan maklumat dirinya;

(b)

orang yang diberi kebenaran secara bertulis oleh pemunya benefisial, hanya yang berhubungan dengan maklumat dirinya;

(c)

Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001;

dan

(d)

mana-mana agensi penguat kuasa di Malaysia.

(2)

Mana-mana orang atau golongan orang yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengemukakan bukti kepada syarikat sebelum diberikan akses kepada daftar pemunya benefisial.

(3)

Bukti di bawah subperaturan (2) termasuklah kad pengenalan, pasport, kad kuasa, kebenaran bertulis atau apa-apa bukti yang difikirkan patut oleh syarikat.

Akses kepada maklumat pemunyaan benefisial

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (AKSES KEPADA DAFTAR DAN MAKLUMAT YANG BERHUBUNGAN DENGAN PEMUNYAAN BENEFISIAL) 2025