Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (PERAKUAN AMALAN BAGI SETIAUSAHA) 2019

Seksyen 3

(1)

Apabila permohonan yang disebut dalam peraturan 2 diluluskan, Pendaftar hendaklah—

(a)

memasukkan butir-butir pemohon ke dalam daftar setiausaha; dan

(b)

mengeluarkan suatu perakuan amalan kepada pemohon itu.

(2)

Perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah sah bagi tempoh satu tahun dari tarikh dikeluarkan.

(3)

Jika Pendaftar enggan untuk memberikan perakuan amalan itu, Pendaftar hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis tentang keengganannya itu.

(4)

Selepas perakuan amalan itu diberikan oleh Pendaftar, setiausaha hendaklah menjalani Pendidikan Profesional Berterusan sebagaimana yang ditentukan oleh

Pendaftar untuk membolehkan setiausaha membaharui perakuan amalannya di bawah peraturan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (PERAKUAN AMALAN BAGI SETIAUSAHA) 2019