Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN SYARIKAT (PERAKUAN AMALAN BAGI SETIAUSAHA) 2019
Seksyen 4
(5)
Setiausaha hendaklah mematuhi garis panduan, nota amalan, notis atau pekeliling yang berhubungan dengan perakuan amalan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 20C Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 [Akta 614].
P.U. (A) 76 4
(6)
Dalam peraturan ini, “Pendidikan Profesional Berterusan” ertinya apa-apa kursus pembelajaran, latihan dan pengalaman praktikal dalam menunaikan kewajipan dan tanggungjawab setiausaha itu.
Pembaharuan perakuan amalan 4.
(1)
Setiausaha hendaklah memohon bagi pembaharuan perakuan amalan tidak lewat daripada tiga puluh hari sebelum tarikh habis tempoh perakuan amalan itu.
(2)
Suatu permohonan bagi membaharui perakuan amalan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan—
(a)
perisytiharan yang disebut dalam perenggan 2(2)(d);
(b)
apa-apa dokumen yang berhubungan dengan Pendidikan Profesional
Berterusan yang disebut dalam peraturan 3; dan
(c)
fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(3)
Jika Pendaftar enggan membaharui perakuan amalan itu, Pendaftar hendaklah memberitahu setiausaha secara bertulis mengenai keengganannya itu.
Penggantungan perakuan amalan