Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Fi
(1)
Mana-mana pelawat yang masuk ke dalam Taman hendaklah dikenakan fi konservasi mengikut kategori pelawat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(2)
Mana-mana pelawat yang menjalankan apa-apa aktiviti di dalam Taman hendaklah dikenakan fi aktiviti mengikut jenis aktiviti yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(3)
Bagi maksud subperaturan (2), fi aktiviti—
(a)
berhubung dengan aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 1, 2 dan 3 Jadual Kedua hendaklah kena dibayar kepada Taman apabila suatu permohonan permit diluluskan di bawah subperaturan 4(3); dan
P.U. (A) 11 3
(b)
berhubung dengan aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 4, 5
dan 6 Jadual Kedua hendaklah kena dibayar kepada Taman apabila masuk ke dalam Taman.
(4)
Mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan pelancongan di dalam
Taman hendaklah dikenakan fi perkhidmatan pelancongan mengikut jenis perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan fi itu hendaklah kena dibayar kepada Taman apabila permohonan permit diluluskan di bawah subperaturan 4(3).
(5)
Mana-mana orang yang tidak membayar mana-mana fi di bawah peraturan ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Permit