Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Mana-mana orang yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam perenggan 1, 2 dan 3 Jadual Kedua atau memberikan perkhidmatan pelancongan yang dinyatakan dalam perenggan 1 dan 2 Jadual Ketiga hendaklah memohon permit daripada Ketua Pengarah.
(2)
Permohonan bagi permit yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dibuat dalam borang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.
(3)
Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1), meluluskan atau menolak permohonan itu.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemohon tentang keputusannya yang dibuat di bawah subperaturan (3) mengikut cara yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
P.U. (A) 11 4
(5)
Apabila diberitahu tentang kelulusan itu, pemohon hendaklah membayar fi aktiviti di bawah subperaturan 3(2) atau fi perkhidmatan pelancongan di bawah subperaturan 3(4), mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan permit kepada pemohon.
(6)
Ketua Pengarah boleh—
(a)
mengenakan apa-apa syarat ke atas permit yang dikeluarkan; atau
(b)
menambah, mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas permit.
(7)
Mana-mana orang yang melanggar apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(8)
Suatu permit, melainkan jika terlebih dahulu digantung atau dibatalkan, hendaklah sah selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam permit itu.
(9)
Pemegang permit hendaklah membawa permit pada setiap masa apabila berada di dalam Taman dan hendaklah mengemukakan permit itu apabila diminta oleh pegawai.
(10)
Pemegang permit tidak boleh menyerah hak apa-apa hak, kewajipan, tanggungan atau obligasi di bawah permit itu kepada mana-mana orang lain.
(11)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1), (9) atau (10)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
P.U. (A) 11 5
Penggantungan atau pembatalan permit