Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN TAMAN NEGARA PULAU PINANG 2022

Seksyen 5

(1)

Ketua

Pengarah boleh pada bila-bila masa menggantung atau membatalkan permit yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika—

(a)

pemegang permit telah melanggar apa-apa syarat yang dikenakan dalam permit;

(b)

pemegang permit telah melanggar mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan ini; atau

(c)

pemegang permit telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subperaturan 4(7).

(2)

Seseorang pegawai hendaklah mempunyai kuasa untuk membawa keluar pemegang permit yang permitnya telah digantung atau dibatalkan untuk meninggalkan Taman.

(3)

Mana-mana orang yang menggalang pegawai dalam menunaikan kewajipannya di bawah subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kehilangan permit

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN TAMAN NEGARA PULAU PINANG 2022