Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Tiada seorang pun boleh, kecuali dengan kebenaran bertulis
Ketua Pengarah, semasa berada dalam Taman—
(a)
menyimpan, memiliki, membawa atau menggunakan apa-apa—
(i)
racun;
(ii)
senjata api, lembing, kapak, gergaji, bahan letupan atau senjata;
(iii)
dadah haram atau minuman beralkohol; atau
(iv)
barang berbahaya yang lain;
(b)
mempamerkan kelakuan tidak senonoh;
(c)
merosakkan mana-mana kemudahan;
P.U. (A) 11 7
(d)
membuang atau meninggalkan apa-apa sampah;
(e)
mencemar mana-mana kawasan;
(f)
menggunakan apa-apa jentera atau apa-apa bentuk pengangkutan kecuali untuk membantu orang kurang upaya;
(g)
membina, membangunkan atau meruntuhkan apa-apa struktur;
(h)
menghalang atau mengalihkan mana-mana saluran air;
(i)
mengendali atau menggunakan apa-apa alat peranti yang menghalang atau menyebabkan gangguan atau kecederaan kepada mana-mana orang, tumbuhan atau haiwan;
(j)
mengganggu, memotong, membawa masuk, membawa keluar, memindah, mencacatkan, merosakkan, menghalang, melepaskan, menyimpan, memiliki atau mengambil mana-mana—
(i)
tumbuhan;
(ii)
haiwan;
(iii)
bangkai; atau
(iv)
objek semula jadi;
(k)
menyebabkan kerosakan kepada ciri-ciri semula jadi;
(l)
memburu apa-apa haiwan; atau
P.U. (A) 11 8
(m)
mengambil, menyimpan, mengganggu, merosakkan atau memusnahkan sarang apa-apa haiwan.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penutupan kawasan Taman