Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN TAMAN NEGARA PULAU PINANG 2022

Seksyen 9

(1)

Ketua Pengarah boleh, selepas membuat pemberitahuan kepada orang awam, menutup mana-mana kawasan di dalam Taman kepada orang awam bagi suatu tempoh yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

(2)

Tiada seorang pun boleh memasuki kawasan yang ditutup di bawah subperaturan (1) kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penepian fi

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN TAMAN NEGARA PULAU PINANG 2022