Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA 1981

Seksyen 13

Jawatankuasa

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh melakukan segala perkara yang perlu untuk menjalankan tugas dan kuasa yang diwakilkan itu dengan berkesan tetapi hendaklah tertakluk kepada arahan Perbadanan.

(3)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan tidak lebih daripada lima orang ahli lain yang akan dibayar apa-apa saraan atau elaun yang akan ditetapkan oleh

Perbadanan dengan kelulusan Menteri.

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini.

Tiada seseorang yang ada mempunyai kepentingan boleh dilantik sebagai ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan

Section 13 — PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA ACT 1981